Sunday, December 13, 2009

TARBIYYAH

Usrah Cawangan
Tarikh: 10hb Disember 2009
Tempat: Markas PAS Cawangan
Naqib: Ust Mahdi
Teks: Hadith 40 (Hadith Yang Ke 21)
Tajuk: Islam Itu Beriman Dan Beristiqamah

Dari Abi Amri r.a. berkata, aku bertanya kepada Rasulullah, Ya Rasulullah, Katakanlah kepadaku tentang Islam, satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seseorang selain daripada engkau. Sabdanya, "Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah". Diriwayatkan oleh Muslim.
Beriman kepada Allah mewajibkan seseorang itu beramal, taat, tunduk dan patuh kepada Allah sehingga akhir hayat. Ini juga termasuk dalam memperjuangkan Islam. Setiap ahli perlu beristiqamah dalam melaksanakan tugas parti dengan menghadiri program-program dan berusaha membantu kepimpinan menguatkan dan mengembangkan parti. Ahli juga mesti membantu jamaah untuk menang di dalam pilihanraya supaya dapat menguasai pemerintahan dan seterusnya dapat melaksanakan segala hukum-hukum Islam.

1 comment:

  1. perjumpaan bloggers pas di pej adun permatang pasir esok 14hb dis 9 malam .. jemput hadir untuk memperkasakan pas penang...

    ReplyDelete