Friday, July 17, 2009

TARBIYYAH

Maksud hadith:

"Dari Abu Ya'la Shaddad ibn Aus r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ehsan atas tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan. Dan apabila menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya, dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihan". Diriwayatkan oleh Muslim
Hadith ini menyatakan kita mesti melaksanakan perlakuan ehsan kepada sesiapa sahaja termasuk penjenayah dan binatang. Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh jatuhkan hukuman kepada penjenayah yang disabitkan dengan hukuman bunuh agar diperlakukan dengan seelok-eloknya dan dipercepatkan kematiannya dengan mengurangkan penyeksaan.
Begitu juga dalam hal penyembelihan, walaupun pada binatang yang tidak mempunyai akal, hendaklah dilakukanya dengan adab yang disuruh oleh Baginda s.a.w., iaitu hendaklah ditajamkan mata pisau, agar tidak menyakitkannya. Semasa pisau diasah janganlah ditunjuk kepada binatang yang hendak disembelih. Janganlah menyembelih dihadapan binatang lain yang menunggu giliran untuk dsembelih. Janganlah dilapah daging sehingga benar-benar binatang itu telah mati.
Hadith ini telah dibincang di dalam usrah cawangan pada 16hb Julai 2009.

No comments:

Post a Comment