Friday, October 16, 2009

BERITA KEMATIAN

Bapa kepada Ust Mahdi, Ketua PAS Cawangan Sg Semambu telah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang tadi di rumah beliau. Allahyarham Abdullah bin Abd Rahman yang telah mencapai umur 90 tahun meninggal kerana sakit tua. Jenazah Al-marhum akan dikebumikan pada malam ini di Masjid Kubang Semang selepas solat Isya',
Seluruh ahli jawatankuasa PAS Cawangan Sg Semambu mengucapkan Takziah kepada Ust Mahdi sekeluarga dan mendoakan semoga Al-marhum tergolong di kalangan orang-orang yang soleh

Sunday, October 11, 2009

HARI MENGUNDI BAGAN PINANG

Hari ini adalah hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan yang mempertandingan calon PAS dengan calon BN. Warga PAS Cawangan Sg Semambu di sini mendoakan kemenangan calon kita, Zulkifly Mohamad Omar.

Saturday, October 3, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG

Hari ini adalah hari penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Hari pengundian akan berlangsung pada 11hb Oktober 2009. PAS Sg Semambu mengucapkan selamat berjuang kepada semua petugas dari seluruh negara yang akan bertugas di dalam kempen pilihanraya ini. Kami mendoakan kemenangan akan dicapai.
Untuk perkembangan terkini PRK Bagan Pinang sila masuk dalam link ini http://prkn31baganpinang.pas.org.my/

Friday, September 25, 2009

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN













Malam tadi telah diadakan jamuan kesyukuran di atas kemenangan PAS di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir yang lalu di rumah Hj Yaacob Derani, Sg Semambu. Turut hadir di dalam majlis ini ialah YB Ust Mohd Salleh Man, ADUN baru Permatang Pasir.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Kami seluruh jawatankuasa PAS Cawangan Sg Semambu mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf, zahir dan batin kepada semua umat Islam dan semoga segala ibadah kita di bulan Ramadhan diterima Allah

Thursday, September 17, 2009

BERITA KEMATIAN

Maznah Binti Wahab, ibu kepada Sdr Tarmizi Abdullah, Ketua Penerangan PAS Cawangan Sg Semambu telah meninggal dunia awal pagi ini dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kubang Semang pada pukul 11.00 pagi tadi. Al-Marhumah kembali ke rahmatullah dalam usia 74 tahun.
Turut menziarahi jenazah al-Marhumah Maznah ialah ADUN Permatang Pasir yang baru, YB Ust Mohd Salleh Man.
Pihak Jawatankuasa PAS Cawangan Sg Semambu dan seluruh ahli mengucapkan Takziah kepada Sdr Tarmizi sekeluarga dan semoga roh ibu beliau dicucuri rahmat serta mendapat keampunan Allah S.W.T.

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS KESYUKURAN KEMENANGAN PRK PERMATANG PASIR

PAS Cawangan Sg Semambu akan mengadakan Majlis Jamuan Kesyukuran di atas kemenangan calon PAS, YB Ust Mohd Salleh Man di dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang lalu pada 24hb September 2009/5hb Syawal 1430H pukul 9.00 malam. Majlis ini bertujuan untuk meraikan semua petugas pilihanraya yang telah bertugas di Pos Sg Semambu (UPU Kubang Semang). Program ini akan diadakan di rumah Haji Yaacob Derani. Pihak cawangan telah menjemput YB Ust Salleh Man hadir dalam majlis ini.

Wednesday, August 26, 2009

PAS PERTAHANKAN KERUSI DUN PERMATANG PASIR

PAS telah mencapai kemenangan yang besar di dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir semalam. PAS telah mendapat jumlah undi sebanyak 9618 dan BN mendapat undi sebanyak 5067. Majoriti yang diperolehi adalah 4551.

Monday, August 17, 2009

HARI PENAMAAN CALON PRK PERMATANG PASIR

Calon PAS, Ust Salleh Man bersama dengan calon BN, Rohaizat

Ust Salleh Man bersama pemimpin Pakatan Rakyat

Bersama pemimpin Pakatan Rakyat

Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mengiringi calon PAS

Ust Salleh Man bertemu dengan orang ramai

Menjawab soalan wartawan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasarudin Tantawi dan YB Dr Mujahid Yusof Rawa

Presiden PAS sedang berjalan keluar dari pusat penamaan calon

Presiden PAS bersalaman dengan para penyokong

Hari adalah tarikh hari penamaan calon Pilihanraya Kecil N.11 Permatang Pasir yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, Bukit Mertajam

Friday, August 14, 2009

PENGUMUMAN CALON PAS PRK P PASIR

Ustaz Salleh Man telah dipilih sebagai calon PAS untuk bertanding di PRK Permatang Pasir 25hb Ogos ini Pakatan rakyat telah bersedia
Press conference
Sebahagian kawasan Sg Semambu berada di UPU Kubang Semang, DUN Permatang Pasir

Tuesday, August 11, 2009

TARIKH PRK DUN PERMATANG PASIR

Tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir N.11 ditetapkan pada 17hb Ogos 2009 seperti yang diumumkan oleh SPR semalam manakala Hari Mengundi pada 25hb Ogos bersamaan 3hb atau 4hb Ramadhan.

Thursday, August 6, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR N.11

Jentera pilihanraya telah mula digerakkan dan malam tadi telah diadakan mesyuarat MTD Permatang Pasir yang pertama bagi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir N.11. Ust Mahdi Abdullah, selaku Timbalan YDP Kawasan Permatang Pauh merangkap Ketua Cawangan PAS Sg Semambu telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengarah MTD Permatang Pasir manakala Sdr Mohtar Mohamad, setiausaha PAS Cawangan Sg Semambu pula telah dikekalkan sebagai Setiausaha MTD Permatang Pasir.
DUN Permatang Pasir mempunyai 9 Unit Peti Undi (UPU). Sehingga kini tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi masih belum diumumkan SPR.

Friday, July 31, 2009

SUASANA PENGKEBUMIAN YB HAMDAN

Jenazah Almarhum mula dibawa ke Masjid Permatang Pasir.
Perginya seorang pejuang

Suasana agak memilukan

Ramai yang hadir untuk mengiringi pemergiaan Pak Hamdan

Perjalanan buat kali terakhir

Suasana di tanah perkuburan
Pak Hamdan sukar dicari ganti

Pemergiaannya jatuh pada hari Jumaat

Setelah selesai dikebumikan

Pejabat ADUN Permatang Pasir meninggalkan kenangan Pak Hamdan kepada kita

Bilik pejabat Pak Hamdan menjalankan tugas untuk rakyat

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA


YB Dato' Mohd Hamdan Bin Abdul Rahman telah meninggalkan kita awal pagi ini di IJN Kuala Lumpur. Jenazah beliau telah dibawa ke Permatang Pasir pada tengahari dan dikebumikan lepas Asar di masjid Permatang Pasir.
Seluruh AJK dan ahli PAS Cawangan Sg Semambu mengucapkan salam Takziah kepada isteri dan keluarga Almarhum dan semoga beliau berada di kalangan orang-orang yang baik di alam barzakh.

TARBIYYAH

Usrah cawangan hari ini membincangkan tentang hadith yang ke 19 di dalam buku Hadith 40.

Wednesday, July 29, 2009

PERLANTIKAN SEBAGAI JKKK



Setiausaha menerima tauliah JKKK daripada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Osman pada 26hb Julai 2009 di Nahdhoh Inn.

Menyertai Bengkel JKKK peringkat daerah Seberang Perai Tengah di Nahdhoh Inn pada 25 dan 26hb Julai 2009

Seramai 3 orang ahli PAS Cawangan Sg Semambu telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 bagi penggal 2009/2010 iaitu;

Mohtar Bin Mohamad sebagai Setiausaha
Hj Mohd Farid Bin Mohd Isa sebagai Bendahari
Hj Abd Rani Bin Abdullah sebagai AJK

JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 dipengerusikan oleh Ust Suhaimi Harun, Ketua PAS Cawangan Kubang Semang.

Monday, July 20, 2009

MESYUARAT AGUNG BKKAPCSS

Badan Khairat Kematian Ahli-Ahli PAS Cawangan Sg Semambu (BKKAPCSS) akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 15hb Ogos 2009 (Sabtu), 9.00 malam di PASTI Sg Semambu. Harap semua ahli maklum.

Friday, July 17, 2009

USRAH GABUNGAN

Usrah gabungan akan diadakan pada hari Khamis, 23hb Julai 2009 di Markas PAS Kubang Ulu, selepas solat Isya'. Majlis akan dimulakan dengan solat Isya' berjemaah.

TARBIYYAH

Maksud hadith:

"Dari Abu Ya'la Shaddad ibn Aus r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ehsan atas tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan. Dan apabila menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya, dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihan". Diriwayatkan oleh Muslim
Hadith ini menyatakan kita mesti melaksanakan perlakuan ehsan kepada sesiapa sahaja termasuk penjenayah dan binatang. Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh jatuhkan hukuman kepada penjenayah yang disabitkan dengan hukuman bunuh agar diperlakukan dengan seelok-eloknya dan dipercepatkan kematiannya dengan mengurangkan penyeksaan.
Begitu juga dalam hal penyembelihan, walaupun pada binatang yang tidak mempunyai akal, hendaklah dilakukanya dengan adab yang disuruh oleh Baginda s.a.w., iaitu hendaklah ditajamkan mata pisau, agar tidak menyakitkannya. Semasa pisau diasah janganlah ditunjuk kepada binatang yang hendak disembelih. Janganlah menyembelih dihadapan binatang lain yang menunggu giliran untuk dsembelih. Janganlah dilapah daging sehingga benar-benar binatang itu telah mati.
Hadith ini telah dibincang di dalam usrah cawangan pada 16hb Julai 2009.

Thursday, July 16, 2009

USRAH

Usrah cawangan akan diadakan pada 9.30 malam ini.
Teks Usrah: Buku Hadith 40