Friday, July 31, 2009

SUASANA PENGKEBUMIAN YB HAMDAN

Jenazah Almarhum mula dibawa ke Masjid Permatang Pasir.
Perginya seorang pejuang

Suasana agak memilukan

Ramai yang hadir untuk mengiringi pemergiaan Pak Hamdan

Perjalanan buat kali terakhir

Suasana di tanah perkuburan
Pak Hamdan sukar dicari ganti

Pemergiaannya jatuh pada hari Jumaat

Setelah selesai dikebumikan

Pejabat ADUN Permatang Pasir meninggalkan kenangan Pak Hamdan kepada kita

Bilik pejabat Pak Hamdan menjalankan tugas untuk rakyat

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA


YB Dato' Mohd Hamdan Bin Abdul Rahman telah meninggalkan kita awal pagi ini di IJN Kuala Lumpur. Jenazah beliau telah dibawa ke Permatang Pasir pada tengahari dan dikebumikan lepas Asar di masjid Permatang Pasir.
Seluruh AJK dan ahli PAS Cawangan Sg Semambu mengucapkan salam Takziah kepada isteri dan keluarga Almarhum dan semoga beliau berada di kalangan orang-orang yang baik di alam barzakh.

TARBIYYAH

Usrah cawangan hari ini membincangkan tentang hadith yang ke 19 di dalam buku Hadith 40.

Wednesday, July 29, 2009

PERLANTIKAN SEBAGAI JKKK



Setiausaha menerima tauliah JKKK daripada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Osman pada 26hb Julai 2009 di Nahdhoh Inn.

Menyertai Bengkel JKKK peringkat daerah Seberang Perai Tengah di Nahdhoh Inn pada 25 dan 26hb Julai 2009

Seramai 3 orang ahli PAS Cawangan Sg Semambu telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 bagi penggal 2009/2010 iaitu;

Mohtar Bin Mohamad sebagai Setiausaha
Hj Mohd Farid Bin Mohd Isa sebagai Bendahari
Hj Abd Rani Bin Abdullah sebagai AJK

JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 dipengerusikan oleh Ust Suhaimi Harun, Ketua PAS Cawangan Kubang Semang.

Monday, July 20, 2009

MESYUARAT AGUNG BKKAPCSS

Badan Khairat Kematian Ahli-Ahli PAS Cawangan Sg Semambu (BKKAPCSS) akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 15hb Ogos 2009 (Sabtu), 9.00 malam di PASTI Sg Semambu. Harap semua ahli maklum.

Friday, July 17, 2009

USRAH GABUNGAN

Usrah gabungan akan diadakan pada hari Khamis, 23hb Julai 2009 di Markas PAS Kubang Ulu, selepas solat Isya'. Majlis akan dimulakan dengan solat Isya' berjemaah.

TARBIYYAH

Maksud hadith:

"Dari Abu Ya'la Shaddad ibn Aus r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ehsan atas tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan. Dan apabila menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya, dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihan". Diriwayatkan oleh Muslim
Hadith ini menyatakan kita mesti melaksanakan perlakuan ehsan kepada sesiapa sahaja termasuk penjenayah dan binatang. Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh jatuhkan hukuman kepada penjenayah yang disabitkan dengan hukuman bunuh agar diperlakukan dengan seelok-eloknya dan dipercepatkan kematiannya dengan mengurangkan penyeksaan.
Begitu juga dalam hal penyembelihan, walaupun pada binatang yang tidak mempunyai akal, hendaklah dilakukanya dengan adab yang disuruh oleh Baginda s.a.w., iaitu hendaklah ditajamkan mata pisau, agar tidak menyakitkannya. Semasa pisau diasah janganlah ditunjuk kepada binatang yang hendak disembelih. Janganlah menyembelih dihadapan binatang lain yang menunggu giliran untuk dsembelih. Janganlah dilapah daging sehingga benar-benar binatang itu telah mati.
Hadith ini telah dibincang di dalam usrah cawangan pada 16hb Julai 2009.

Thursday, July 16, 2009

USRAH

Usrah cawangan akan diadakan pada 9.30 malam ini.
Teks Usrah: Buku Hadith 40

Wednesday, July 15, 2009

KEPUTUSAN PRK MANEK URAI

PAS mendapat 5348 undi, manakala BN 5283 undi dengan majoriti diperolehi Mohd Fauzi Abdullah sebanyak 65 undi.
Walaupun mendapat majoriti kecil dan merosot banyak daripada pilihanraya umum yang lalu, kemenangan PAS pada kali ini merupakan suatu kemenangan yang besar kerana dapat mengalahkan jentera BN yang menggunakan wang yang banyak, agensi kerajaan, media dan sebagainya. Allahu Akbar!!!!!!!

Tuesday, July 14, 2009

HARI MENGUNDI PRK MANEK URAI

Hari ini adalah hari penentuan pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan, pertembungan satu lawan satu antara BN (UMNO) dan PAS. Hari ini jugalah, peluang terakhir para petugas khususnya perayu undi memikat pengundi-pengundi sebelum mereka masuk ke dalam pusat pembuangan undi.

Thursday, July 9, 2009

MESYUARAT PAS CAWANGAN







Mesyuarat Jawatankuasa PAS Cawangan Sg Semambu Kali Yang Ketiga sessi 2009/10, hari ini, 9.30 malam.

Tuesday, July 7, 2009

KEPUTUSAN LEPAS PU MANEK URAI

N.41 Manek Urai
Pilihanraya Umum 2004

Mohd Zamzuri Mat Lazim (PAS) - 4309
Mohamed Zulkepli Omar (BN) - 4362
BN Menang Majoriti - 53

Jumlah pemilih: 10,705
Kertas undi ditolak: 105
Kertas undi dikeluarkan: 8788
Kertas undi tidak dikembalikan: 12
Peratus pengundian: 82.09%


Pilihanraya Umum 2008

Mohamed Zulkepli Omar (BN) - 4394
Ismail Yaacob (PAS) - 5746
PAS menang majoriti - 1352

Jumlah pemilih: 12,292
Kertas undi ditolak: 192
Kertas undi dikeluarkan: 10,353
Kertas undi tidak dikembalikan: 12
Peratus pengundian: 84.23%

Monday, July 6, 2009

PENAMAAN CALON PRK MANEK URAI

Hari adalah hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Manek Urai N41. Diantara wakil PAS Cawangan yang ada disana ialah Pengerusi Tetap, Sdr Samsudin Said, AJK, Sdr Fauzi Jusuh dan Mohd Nor dan beberapa orang ahli dan penyokong.
Pihak Jawatankuasa dan semua ahli-ahli mengucapkan selamat berjuang kepada semua petugas dan mendoakan kemenangan kepada calon PAS

Saturday, July 4, 2009